Wednesday 5 October 2011

KEMANA PERGI PELAJAR LELAKI?

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities. 

ISU 1/11
Zaman generasi kami belajar dulu sekitar tahun 1969 kata-kata ‘Ladies First’ memang sering kedengaran sebagai budaya  kesopanan dan hormat kepada insan lembut bernama wanita. Tetapi hari ini ‘Ladies’ memang ‘First’ tak payah lagi diberi laluan. Sebaliknya ke mana pula pergi pelajar lelaki? Gambar di bawah adalah beberapa bukti nyata dalam kuliah dan penglibatan saya dengan pelajar.

 Semasa taklimat tahun pertama Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM 2010


 Pelajar tahun 3 kuliah saya (Kinetik Kimia) 2010



 Antara pelajar siswazah dari kumpulan penyelidikan saya 2010 yang aktif berbincang dengan profesor pelawat di seminar.

Lebih teruk lagi kisah penglibatan lelaki dalam dadah, mat rempit dan sebagainya sering dikaitankan dengan pengurangan insan-insan bernama lelaki. Sejuah manakah kebenaran fakta/andaian ini merupakan cabaran dalam kajian sains sosial. Ia begitu rumit sekali kerana setelah sekian lama jalan penyelesaian yang berkesan masih belum dicapai. Adakah ia fenomena global? Tentu banyak lagi persoalan dan pandangan dari pelbagai golongan dalam masyarakat kita khasnya. 

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin

5 October 2011, 1.28 pm

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas.

1 comment:

  1. Satu persoalan yang sukar untuk dijawab. Jika ditinjau daripada statistik jumlah kemasukan pelajar ke IPTA, yang ketara pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki. Di Fakulti Sains Sosial juga kelihatan pelajar perempuan memenuhi bilik-bilik kuliah. Secara peribadi, saya melihat kemungkinan besar kaum lelaki terutama anak sulung lebih dahulu memasuki alam pekerjaan untuk membantu keluarga. Ataupun ramai antara mereka ke luar negara menyambung pengajian, namun itu andaian semata-mata. Di Malaysia setakat ini belum ada kajian kebangsaan jangka panjang untuk meneliti perkara ini. Sebagai contoh mengkaji mereka yang lahir pada tahun 1990 hingga mencapai usia 18-21 tahun (kemasukan ke universiti) untuk melihat pola-pola tertentu.

    ReplyDelete