News and Events

Lawatan Penyelidikan ke Makmal Pak Junarzi Universitas Indonesia Depok, Jakarta

Tarikh: 3-7hb Feb 2012

Pada 3hb Feb, saya bersama tiga pelajar siswazah Norfarida Hanipah (PhD), Nursakinah Zulkifli (MSc) dan Wafiuddin Ismail (MSc) berlepas ke Jakarta dan menuju ke Universitas Indonesia, Kampus Depok, Jakarta Selatan. Keadaan ‘macet‘ di jalan raya memang sudah terkenal mejadi sinonim bagi kota raya Jakarta. Selepas singgah sembahyang jumaat di Masjid Agong Tanggerang dan makan tengah hari nasi padang di restoran ‘Seleraku’, kami sampai di Wisma Makara sekitar jam 4pm di tempat penginapan untuk tempoh lawatan yang telah diatur oleh Pak Janurzi. 

Ini adalah lawatan pertama kami ke UI dan juga Jakarta. Sekitar jam 5pm, kami terus ke bangunan kimia berbincang mengatur kerja penyelidikan. Kampus Depok yang amat luas hampir 350 hektar dengan jarak antara pusat pengajian yang agak jauh memang unik dan memerlukan kemudahan pengangkutan sendiri jika ingin sering bergerak.

Selama 3 hari Nurfarida bersama Nursakina dan Wafiuddin dengan bantuan Oman Zuas pelajar PhD di UI merancang dan melakukan eksperimen reduction CO2 oleh katalis TiO2 berdop dwilogam Fe dan Sn. Gas CO2 yang dilarut campur dengan katalis disinar dengan cahaya UV dan sampel diambil setiap satu jam untuk dianalisis produk yang terhasil dengan kaedah gas kromatografi. Yang penting metanol dan beberapa produk lagi boleh dicam daripada kromatogram seterusnya menunjukkan katalis adalah berfungsi. Kajian kandungan produk lanjutan akan diteruskan di UKM kelak.

Pak Junarzi memang telah berpengalaman dalam bidang ini dan telah menghasikan beberapa penerbitan dalam jurnal antarabangsa. Yang lebih menarik lagi reaktor untuk tindak balas dibina sendiri dengan kos yang jauh lebih rendah daripada yang dibeli. Malah ada reaktor yang dibina sendiri jauh lebih baik daripada reaktor model Parr buatan USA yang lebih mahal. Pengalaman fabrikasi reaktor dan tindak balas fotokalis adalah satu pengalaman yang berguna kepada pelajar kami yang akan meneruskan jalinan kerjasama ini.

Tunjuk ajar bagaimana melakukan tindak balas fotokatalisis penurunan CO2.

Gambar di atas adalah bekas larutan tindak balas yang telah dikeluarkan dari kotak fotokatalisis.

Walaupun kromatogram awal menunjukkan terdapat beberapa puncak, namun ia perlu diteliti dan dipastikan itu bukan bendasing atau impurities. Kerja seterusnya akan diteliti lagi di UKM.

Jangan terus mempercayai kromatogram tu. Mesti dipastikan itu bukan bendasing

Sebelum berlepas ke pusat Jakarta, saya telah menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 35 orang ahli akademik kimia UI, pelajar S1 dan S2 serta PhD bertajuk mod ikatan dalam senyawa koordinasi dengan mengambil contoh tindak balas kuprum dan nikel dengan campuran dietiltriamina, tiosianat dan oksalat.

Menyampaikan ceramah kepada akadamik kimia dan pelajar UI berjodol mod ikatan dalam senyawa koordinasi.

Sebelum berangkat ke Jakarta pusat kami sempat merakamkan terima kasih kumpulan penyelidikan Pak Junarzi dan mengabadikan lawatan pertama kami dengan bergambar kenangan.

Gambar kenangan bersama kumpulan penyelidik katalis Pak Junarzi (hujung kanan)

Untuk mengelak daripada macet ke lapangan terbang, kami bermalam di Jakarta Tengah dan terlebih dahulu memang telah direncana untuk pertemuan dengan Pak Susanto Imam Rahayu, mantan profesor di Institut Teknologi Bandung. Beliau kini terlibat dalam membantu pemerintah selaku kumpulan penasihat kepada pemerintah mengenai dasar sains dan teknologi. Beliau dan saya telah mengasaskan Seminar Kimia Bersama UKM-ITB yang telah beterusan melebihi sepuluh kali pertemuan. Pertamuan kami adalah nostalgia. Pelajar saya juga dengan ceria menikmati kelazatan makanan yang ditaja beliau di salah satu restoran di bangunan Indonesia Plaza. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada beliau untuk terus berbakti kepada negaranya dan rantau ini.

Bersama Pak Susanto Imam Rahayu dalam sebuah sebuah restoran di Indonesia Plaza, Jakarta

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin
Posted: 13 February 2012, 11.40 pm

Lawatan Jabatan Kimia, Universitas Hasanuddin, Makassar ke Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM

Pada 31hb Jan 2011, seramai 25 orang ahli akademik dan pelajar siswazah bidang kimia analisis Universitas Hasanuddin telah mengadakan lawatan di PPSKTM pada jam 2 petang. Di sebelah pagi mereka telah membuat lawatan ke Agensi Tenaga Atom. Dekan dan Timbalan Dekan FST terlebih dahulu memberi taklimat mengenai perkembangan Fakulti Sains dan Teknologi. 

Seterusnya rombongan tersebut telah diberi penjelasan mengenai aktiviti pusat oleh pengerusi PPSKTM, Prof. Madya Dr. Rosli Daik. Pada amnya kedua-dua pihak bersetuju kepada kemungkinan kerjasama penyelidikan antara ahli akademik kedua-dua pusat pengajian. Rombongan tersebut kemudian dibawa melawat kemudahan penyelidikan yang terdapat di PPSKTM. Rombongan yang diketuai oleh Dekan Prof. Wahid akan melawat Universiti Malaya dan Singapura sebelum pulang ke Makassar.

Sesi temubual rombongan bersama Pengerusi Pusat.

Pertukaran cenderhati antara kedua-dua Prof. Wahid dan Prof. Rosli bersama Prof. Alfian.

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin
Posted: 4 January 2011, 2.10 am


Majlis Hari Jadi Prof. Bohari

26hb Jan 2012 di Bilik 2125 Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, telah berlangsung majlis sederhana menyambut ulang tahun penyelia kami, Prof. Bohari M Yamin. Seperti biasa Prof. telah memberi nasihat untuk membina budaya penyelidikan dan kerja seperti orang Jepun dan dedikasi kalau ingin berjaya dalam suasana persaingan hari ini. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan penyelidikan BMY yang sudi menjayakan majlis ini secara langsung dan tidak langsung.


Oleh: Farah Bt Ruslin
Posted: 30 January 2012, 11.45 am


Lawatan dan Latihan untuk Ulfa Alfianti pelajar dari Universitas Riau

Perhubungan yang baik dan berlandaskan memorandum persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Nasional Riau Indonesia (UNRI), mahasiswa tahun akhir (S1) Ulfa Alfianti telah dijemput oleh Prof. Bohari sebagai anak angkat kumpulan penyelidikannya untuk latihan melakukan penyelidikan kajian antioksidan dan kandungan fenolik dalam sayuran yang ditanam secara konvensional dan organik (Bokashi). Untuk itu, Prof. Bohari telah bekerjasama dengan Prof. Aminah Abdullah dan Dr.Khaled yang secara langsung mendidik Ulfa bagaimana melakukan kelima-lima teknik menentukan sifat antioksidan ekstrak sayuran tersebut. 

Untuk menentukan kandungan fenolik yang berperanan kepada sifat antioksidan, kaedah HPLC juga dilakukan. Pencalonan beliau adalah melalui penyelianya Ibu Dr. Christine Jose yang tidak asing dalam hubungan antara UKM-UNRI. Dalam tempoh satu bulan dari 10hb Januari hingga 6hb Februari, disamping melakukan eksperimen, Ulfa juga mengikuti diskusi mingguan kumpulan penyelidikan yang biasa diadakan oleh Prof. Bohari. Sebelum pulang, beliau juga sempat membentang kemajuan kerja yang dilakukan dan menyampaikan bengkel penanaman secara organik kepada warga Pusat Pengajian Kimia dan Makanan, UKM. 

Kesempatan yang beliau perolehi mungkin telah membuat beliau merasa rindu kepada kampung halamannya tetapi pengorbanan ini perlu dilakukan beliau untuk membina pengalaman di samping menambah kenalan serantau dalam langkah awal membina jaringan. Jemputan untuk Ulfa ditaja sepenuhnya oleh Prof.Bohari sendiri dan terima kasih kepada Nur Eliyanti yang telah bermurah hati memberi penginapan kepada Ulfa dan juga Kak Khuzaimah, pelajar PhD yang juga dari Riau yang sudi menemaninya semasa cuti Tahun Baru Cina.

Selamat maju jaya kepada Ulfa dan semoga beliau menggunakan peluang yang berharga ini menimba ilmu dan pengalaman untuk dibawa pulang ke tanah airnya.

Bersama pelajar S2 dari Libya menyukat bahan ekstrak untuk dimasukkan dalam tiub khas

Beberapa sampel ekstrak yang tersedia untuk diukur sifat antioksidan


Ulfa sedang melakukan pengolahan data antioksidan sampel ekstraknya

Oleh: Farah Bt Ruslin
Posted: 22 January 2012, 1.46 am

Peperiksaan Tesis Sarjana dan PhD

16hb Januari 2012 di Bangunan Dekan Fakulti Sains Teknologi UKM berlangsung persembahan dan soal jawab tesis PhD pelajar Haliama Faraq Salem dari Libya berjudul SYNTHESIS, CHARACTERIZATION, STRUCTURAL AND BIOLOGICAL STUDIES OF SOME SUBSTITUTED PHENYLTHIOUREAS AND PYRIMIDINE THIONE DERIVATIVES.

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Ibrahim Abdullah bersama Prof. Mustaffa Shamsudin dari UTM selaku pemeriksa luar dan Prof. Madya Muhammad Kassim mewakili Pengerusi Pusat Pengajian Kimia dan Teknologi Makanan. Seperti biasa pelajar merasakan sejuk-panas mempertahankan tesisnya. Setelah lebih 2 jam kemudian barulah majlis selesai dengan cadangan agar calon membuat rombakan penulisan yang signifikan dan menambah penjelasan kepada beberapa persoalan fundamental.

Dari kiri: Halima (calon), PM.Dr. M. Kassim, P. Dr. Ibrahim Abdullah dan Prof. Dr. Mustaffa Shamsuddin. Prof. Bohari M Yamin turut hadir selaku Penyelia

19hb Februari 2012 bertempat di Institut Pengajian Siswazah, INTEKMA Convention Centre, Shah Alam berlangsung peperiksaan lisan Pelajar sarjana Fatimazatuzzahraa M.Fadzel berjudul “ Tetradentate Schiff bases derived from 2,6-diaminopyridine: complexation and neurotoxicity.’

Dari kiri: Prof. Hadariah (penyelia-turut hadir), Prof.Bohari M Yamin (penilai luar) Dr. Kamariah Noor Ismail(pengurusi) dan Dr. Fadzil selaku penilai dalaman. Dr. Karimah Kasim selaku penyelia bersama juga hadir tetapi tidak kelihtan kerana menjadi jurukamera bagi foto ini

Hampir satu setengah jam pelajar mempertahankan tesis beliau. Banyak aspek pemahaman fundamental ditekankan kerana penting dalam pembentangan dan penulisan. Calon diperlukan menyusun suai bahagian perbincangan dan perlu memperolehi spektrum resonan magnet nukleus yang lebih jelas terutama bagi isyarat yang menunjukkan kehadiran proton moieti yang disintesis. Isyarat tersebut pada spektrum kelihatan setara malah lebih rendah daripada noise. Dr. Fadzil selaku pemeriksa dalam sendiri sedia membantu untuk memperolehi spektrum yang lebih jelas.

Seperti calon PhD UKM di atas, pelajar diingatkan data yang baik dan spektrum yang jelas amat perlu. Majlis berjalan dalam suasana sejuk-panas juga tetapi membina dalam proses membimbing pelajar.

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin
Posted: 22 January 2012, 1.45 am


Membantu Pelajar Tanpa Sempadan: Menjelang Hari Lahir Bohari Sensei

Setelah lebih daripada 35 tahun dalam dunia akademik membimbing pelajar, Prof. Bohari dikenali bukan sahaja oleh mereka yang berpeluang bekerja dengannya malah yang dapat berinteraksi bersama beliau di seminar sama ada dalam atau luar negara. Beliau yang suka membantu pelajar terutama dalam penyelidikan mereka dengan moto 3Gnya amat disenangi sekali.

Beberapa pelajar siswazah sarjana dan falsafah hampir di seluruh negara mendapat bimbingan beliau terutama memahami teknik dan penyelesaian kristalografi sinar-X. Beberapa pelajar siswazah dan sarjana UPM mendapat bimbingan beliau selaku lembaga penyelia bersama. Kini beliau masih menjadi penyelia bersama kepada pelajar siswazah Universiti Teknologi MARA.

Dr.Sammer dari H.E.J., University Karachi mendapat bimbingan daripada Prof. Bohari selama 6 bulan sebelum beliau memulakan khidmat kristalografi di pusat penyelidikan di Karachi. Dr. Ahmad Boshaala adalah beberapa pelajar dari timur tengah yang mendapat bimbingan beliau. DR. Erny yang sering ke makmal Prof. Bohari untuk projek PhDnya bersama Prof. M. Idris (USM) kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universitas Indonesia, Jakarta. Beberapa pelajar Indonesia yang kini berkhidmat di Jawa, Sumatra dan Makasar juga mendapat bimbingan beliau melalui jalinan kerjasama dengan Institut Teknologi Bandung.

Beliau juga sering membawa pelajar menbentang seminar dalam dan luar negara. Beliau akan pastikan kami hadir setiap sesi dan mengambil bahagian serta berinteraksi dengan peserta lain dan tiada yang ponteng. Lebih dari itu, beliau akan memainkan rakaman video dan melihat semula kelemahan masing-masing supaya mempertingkatkan keyakinan diri dan cara persembahan. Beliau yang menggemari budaya kerja Jepun amat disenangi oleh hos yang sering beliau lawati dalam jaringan kerjasama.

Bersama pelajar Malaysia dan Indonesia semasa lawatan kerja di Gifu University Nov 2011

Menjadi tetamu di kediaman Prof. M. Koketsu, Gifu University. Nov. 2011

Pada tahun 2009, beliau telah membantu sekumpulan pelajar perubatan tahun 3 dari UiTM untuk melakukan penyelidikan mengenai kandungan rumput laut (seagrass) di kawasan Selat Tebrau berhampiran rumah api yang telah dimiliki Singapura. Tanpa ditemani oleh pensyarah dari UiTM, beliau telah membawa pelajar itu menaiki perahu kekawasan kajian sebelum air surut (Gambar 1).

Gambar 1. Menuju ke kawasan pengutipan seagrass di Selat Tebrau, Johor Bahru

Apabila air surut hanya lebih kurang sekitar 3 ekar kawasan menjadi dataran yang boleh dijalani dan pelajar mula mengumpul sampel (Gambar 2). Aktiviti kami di sini memang diintai oleh Polis Marin Singapura daripada kapal mereka.

Gambar 2. Pemandangan dataran apabila air surut. Namun dataran yang terletak antara Singapura dan Johor Bahru masih dikelilingi air. Banyak penghuni seperti ketam dan siput di temui di sini.

Beberapa spesis seagrass boleh ditemui di sini

Dalam masa 2 jam air laut mula pasang dan dataran ini akan ditenggelami air. Adalah lebih selamat kami meninggalkan kawasan ini dengan segera (Gambar 3).

Gambar 3. Pelajar perubatan tahun 3 UiTM dalam projek seagrass. Dataran
telah ditenggelami air baik kita naik perahu semula dan pulang.


Tak disangka selepas berbincang dengan para pelajar, kami mencapai kata sepakat untuk melakukan penyelidikan seagrass. Ia adalah satu pengalaman diluar dugaan dan kenangan abadi. Terima kasih kepada Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumbar Alam, UKM yang turut membantu.

Kami kumpulan penyelidik Prof.Bohari mengucapkan selamat memyambut hari lahir dan semoga beroleh kesihatan untuk terus berbakti. Bila ditanya usianya, beliau secara bergurau berkata telah 5 tahun bersara wajib dan mempunyai 10 orang cucu.

Oleh: Farah bt Ruslin
Posted: 10 December 2011, 11.05 pm


Prof. Bohari di TV Astro-Awani

Selasa, 6hb Disember 2011 jam 10 malam, Prof Bohari tiba-tiba muncul di program “Sudut Pandang’ TV Awani membincang secara solo dengan pengacara terkenal Kamarul Bahrin di bawah Tajuk ‘Pengantarabangsaan Saintis Malaysia dalam Jurusan Kimia’ sempena upacara penerimaan Hadiah Nobel bidang kimia kepada Dan Shechtman dari Israel.


Di perbincangan itu Prof Bohari telah menerangkan secara mudah dan bersahaja mengenai bidang quasicrystal dan manfaatnya kepada kehidupan manusia yang telah membawa kepada penganugerahan Hadiah Nobel tahun ini. Shechtman telah mengkaji data pembalikan sinar-X yang tidak sehaluan dengan hablur biasa yang menyukarkan interpretasi dan telah diabaikan dan dengan anggapan data itu terhasil kerana akibat kembaran (twinning) atau cacat. Kekerapan penemuan data yang tak sehaluan ini dalam hablur dan aloi yang beliau kaji membuatkan beliau menerima hakikat data ini mesti dikaji dan tidak boleh diabaikan. 

Sifat ketelitian beliau menganalisis data serta teori yang dikemukakan walaupun awalnya satu kontraversi akhirnya diterima pakai oleh masyarakat penyelidik dan pemikir. Apatah lagi sifat hablur yang dipanggil quasicrystal ini walaupun kehadirannya tidak dominan dalam sesuatu hablur atau aloi, didapati memberi impak yang besar kepada sifat keras bahan dan tahan karat yang boleh dimanfaatkan dalam sistem pengerudian, turbin dan pembuatan tulang gantian dalam anggota badan. 

Prof. Bohari juga telah berbicara panjang lebar berkaitan susah senang dalam membina perkembangan penyelidikan dan penerbitan di negara membangun seperti Malaysia sehingga tidak disedari masa telah berlalu dan dirasai amat singkat. Kami dan rakan-rakan yang pernah menerima bimbingan beliau merasa teruja dan bangga dengan kemunculan beliau. Bak kata pengacara tersebut, "Ini mungkin kali pertama Prof. berada kaca tv tetapi ini mungkin bukan untuk kali terakhir." Sekiranya ada peluang lagi, semoga barisan pendidik di UKM khususnya, menyahut cabaran menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui media massa ini. 

Oleh: Farah bt Ruslin
Posted: 9 December 2011, 4.36 pm


Seminar SKAM ke-24 di Pulau Langkawi Mendapat Sambutan Meriah

Tarikh: 21-23hb Nov 2011
Tempat: Pulau Langkawi

Seminar tahunan anjuran Persatuan Sains Analisis Malaysia yang menjadi platform pertemuan para penyelidik dalam bidang sains negara untuk saling berinteraksi dan bertukar pengalaman yang lebih dikenali dengan nama SKAM tahun ini telah berlangsung di One Hotel Helang, pulau lagenda Langkawi memang meriah dengan penyertaan lebih daripada 200 orang.

Sejak SKAM ke-23 tahun lepas di Kuala Terengganu anjuran Universiti Terengganu Malaysia, sudah kelihatan kemunculan generasi baru yang akan meneruskan kesinambungan budaya penyelidikan dan penerbitan di negara kita. SKAM ke-24 anjuran Universiti Teknologi MARA (Perlis) menonjolkan percambahan generasi baru terutama penglibatan pelajar siswazah dari seluruh negara.

Madihah dari UKM mengkaji α-mangostin

C. K. Lim dari UTAR, Perak sintesis terbitan Xanthone

Peserta dari UTM

M. Fazli Mohammat dari UiTM Shah Alam

Kebanyakan tajuk yang dibentang dan dikemukakan secara poster boleh dikatakan baik dan mengikut perkembangan semasa. Tajuk berkaitan alam sekitar, sintesis, sifat fizik dan kimia, mangkin, aspek bahan, nano dan aplikasi kepada aspek kesihatan adalah yang lazim dibentang di seminar antarabangsa masa kini.

Antara muka lama yang terus menyumbang dan sempat saya temui antaranya Prof. M. Idris Salleh (USM), Pauzi Abdullah (UKM), Razali Othman (UKM), Zulkurnain (UPM), Nurhayati (UMT), Imran Majid (UKM), Fashiuddin dan Zaini dari UNIMAS.

Prof. Idris dengan unsur lantanidnya

Bagaimana memperoleh nanoferum dalam mikrogel?

Para peserta yang serius mengikuti persembahan nanoferum

Adalah diharapkan para peserta kita terutama para pelajar juga akan turut aktif dalam sesi soal jawab dengan membuka minda kepada perkembangan semasa secara meluas dan tidak tertumpu kepada penyelidikan sendiri semata-mata. Di seminar ini juga, kita dapat melihat gaya persembahan yang berkesan dan kemampuan menguasai ilmu dan kekuatan fundamental dalam bidang masing-masing. Dalam membina budaya dan meningkatkan keyakinan diri, sokongan para profesor dan ahli akademik amat diperlukan.

Bergambar bersama bekas pelajar yang pernah sama-sama berada dalam kumpulan penyelidikan BMY, dari kiri; Prof. Bohari M. Yamin, Dr. M. Syukri M. Yusof dan Maisara A Kader. 

Pada malam 22hb di majlis makan malam telah menemukan rakan lama para penyelidik dan peserta.



Keesokan harinya iaitu 23hb, hari terakhir diadakan planeri ke-2 sebelum seminar bahagian terakhir berlangsung.

Suasana pembentangan planeri II di hari ke ketiga kelihatan agak lengang terutama di baris hadapan.

Posted: 1 December 2011, 9.32 pm


KOMEN dan usaha 3G dalam membina budaya penyelidikan dan penerbitan oleh Prof. Bohari diterima baik di INDONESIA

Prof. Bohari memang dikenali dengan cara 3Gnya dalam usaha membina budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan para pelajarnya. Bukan sahaja di UKM, malah kepada pelajar dari universiti lain di Malaysia atau luar negara termasuk juga Indonesia yang sering berinteraksi dengannya. Pandangan yang sama dikemukakan semasa seminar bersama UKM-Universitas Indonesia di Bandung baru-baru ini yang turut disertai oleh Pak Menteri yang dipertanggung jawab mengenai penyelidikan.

Pandangan itu disambut baik oleh para penyelidik di sana. Malah berita KOMPAS.Com menyiarkan keperihatinan Indonesia mengenai penyelidikan (istilah di sana penelitian) dan penerbitan dengan menjadikan Malaysia sebagai perbandingan terdekat dan menyambut baik saranan 3G Prof. Bohari. Kita ikuti sedutan berita KOMPAS.Com.

Oleh: Farah bt Ruslin
Posted: 30 November 2011, 8.54 am

Penelitian Indonesia vs Malaysia 
Antara Langit dan Bumi
| Inggried Dwi Wedhaswary | Kamis, 24 November 2011 | 09:36 WIB
Oleh Terry Mart*KOMPAS.com - Jika dalam hal sepak bola kita kalah tipis melawan Malaysia, dalam hal penelitian kita kalah telak! 
Jika dalam sepak bola kita kalah tipis melawan Malaysia, dalam hal penelitian kita kalah telak! Perbandingan prestasi yang diwakili oleh jumlah publikasi ilmiah di jurnal internasional sudah hampir seperti antara langit dan Bumi.

Bahkan, perbandingan prestasi—yang diwakili oleh jumlah publikasi ilmiah di jurnal internasional—sudah hampir seperti antara langit dan Bumi.

Saya sering dikritik jika menyajikan data yang saya ambil dari basis data Scopus ini. Pertama, banyak yang mempermasalahkan seberapa pentingkah makalah ilmiah dibandingkan teknologi tepat guna di pedesaan atau penelitian untuk mengentaskan orang dari kemiskinan yang langsung menuju sasaran serta dibutuhkan rakyat? Kedua, data Scopus tak memiliki filosofi sekuat data faktor dampak (impact factor/IF) yang dikeluarkan ISI Thomson karena IF langsung merefleksikan pentingnya sebuah jurnal akibat sering dikutip. 
Kasus Indonesia 


Untuk kasus Indonesia, kemungkinan besar yang dikatakan Glaze benar. Namun, bagaimana dengan Malaysia yang juga negara berkembang?


Tampaknya ada paradigma yang salah di republik ini yang menyebabkan kualitas penelitian selalu rendah. Ironisnya, paradigma ini tidak muncul atau paling tidak sudah diatasi di Malaysia. Dari perbandingan jumlah publikasi terlihat bahwa paradigma tersebut sudah eksis di republik ini sejak dua dekade lalu dan dibiarkan berlarut sehingga memunculkan fenomena antara langit dan bumi.

Apa yang harus diperbaiki?

Tentu saja pertanyaan yang mendesak: apa yang harus kita kerjakan untuk meretas masalah ini? Akhir-akhir ini para peneliti meneriakkan minimnya penghargaan pemerintah melalui rendahnya remunerasi. Jelas ini masalah pertama yang harus segera dibenahi. Namun, apa kenaikan gaji peneliti akan memecahkan masalah penelitian kita?

Melihat kondisi rendahnya kualitas penelitian tentu saja hal ini sangat meragukan. Lagi pula, rendahnya remunerasi bukanlah satu-satunya masalah penelitian kita. Liek Wilardjo mengatakan bahwa kunci pembangunan sains adalah sumber daya manusia (Kompas, 30/9/2011).

Jadi, kapasitas, ambisi, dan motivasi peneliti harus ditingkatkan. Sarana dan prasarana penelitian hingga sistem penilaian kepangkatan juga harus segera dibenahi. Agus Purwanto dalam tulisannya mengusulkan insentif Rp 100 juta per satuan makalah yang terbit di jurnal internasional (Kompas, 19/11/2011).

Ide insentif
Meski terdengar kurang realistis, ide ”insentif” merupakan ide jitu untuk kasus ini. Peneliti yang diminta meningkatkan kualitas penelitian melalui publikasi atau paten internasional harus segera diganjar pemerintah dengan insentif tunai atau kenaikan pangkat. Saat berdiskusi dengan akademisi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, seorang kolega dari negeri jiran ini mengatakan penelitian tak akan berhasil jika para penelitinya tidak gila dalam tiga hal: gila berpikir, gila bekerja, dan gila menulis. Intinya, jika ingin sukses, lembaga penelitian dan pendidikan harus didominasi kaum idealis, bukan kaum pragmatis!

*Terry Mart Pengajar Departemen Fisika FMIPA UI
Sumber: Kompas Cetak


Prof. Bohari M. Yamin: Penceramah Jemputan di Bengkel Siri-2 100 Jurnal Q1 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, 25-27 Nov 2011.

Bertempat di Klana Resort Seremban, Fakulti Kejuruteraan UKM mendahului fakulti lain dalam usaha menghasilkan 100 jurnal Q1 untuk sesi 2011/2012 dalam usaha membantu kepada peningkatan KPI Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai lebih kurang 20 pensyarah muda fakulti tersebut telah bersedia dengan draf makalah masing-masing yang akan dibantu oleh fasilitator untuk dibaikpulih dalam proses pengeditan untuk jurnal dalam berimpak tinggi Q1 dan Q2.

Untuk menyesuaikan diri di kalangan pensyarah muda di bengkel tersebut, saya telah memberi ceramah dengan tajuk “MEMBURU 100 JURNAL Q1-Membina Budaya Penyelidikan dan Penerbitan” berdasarkan 38 tahun pengalaman saya di UKM di samping mengedarkan nota yang mengandungi maklumat ”Selecting An Academic Journal and Submitting A Scientific Sontribution” serta makalah berjodol “Does Publication in Top-Tier Affect Reviewer Behavior?” oleh Aarssen et al.2009.


 

Menyampaikan pandangan membina penyelidikan dan penerbitan melalui pengalaman

Saya memulakan ceramah saya dengan mengutarakan hakikat bahawa melihat sahaja tajuk jurnal tersebut, mungkin akan ada yang mengatakan “menakutkan dan ini kerja gila” dan sudah pasti beberapa rakan di Fakulti Sains Sosial dan fakulti lain yang belum menunjukkan rekod penerbitan yang baik merasa kurang selesa. Oleh itu saya meminta semua bersabar dahulu dan mengajak peserta sama-sama merenung dan memberi tumpuan kepada empat isu utama dalam kerjaya seorang ahli akademik;

• Membina penyelidikan original dan berimpak
• Menggalak penjanaan ilmu daripada penemuan penyelidikan melalui penerbitan berkualiti
• Etika pengarang/penyelidikan
• Strategi memburu Q1

Membina penyelidikan yang original dan berimpak bukan kerja mudah terutama dalam suasana di mana kita berada pada usia yang muda yang amat memerlukan bimbingan untuk mencapai kematangan.

Rakan-rakan dari negara maju malah Korea tidak akan dilantik ke jawatan akademik sehinggalah memperoleh pengalaman beberapa tahun postdoctoral dengan guru yang terkenal. Di Jepun mendidik pensyarah muda (pembantu pensyarah dan profesor madya) adalah tugas profesor Sensei. Segala kemudahan dan kuasa memilih dan melantik akademik hingga kenaikan pangkat adalah di tangan profesor tersebut. Maka tidak hairanlah profesor di sana dihormati sekurang-kurang oleh anak-anak di bawah jagaannya.

Kita mempunyai konsep Malim tetapi saya sendiri tak tahu saya ni Malim ke bukan kerana ianya dari segi nama sahaja tanpa ada kemudahan atau sebarang bentuk keistimewaan. Apabila profesor Sensei itu bersara, bidang yang dibina akan disambung oleh profesor madya atau akademik kumpulannya dan tidak timbul keperluan profesor kontrak kerana menunggu bakal pensyarah muda pulang dari tamat belajar.

Namun suasana untuk pensyarah muda pada hari ini jauh lebih baik dari kami 30 tahun dahulu. Prasarana yang ada dan galakan serta insentif yang diberi berasaskan konsep universiti penyelidikan harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun kesungguhan dan ketabahan amat perlu dalam dunia akademik yang membina pemikiran. Ia tak tak sama dengan dunia sukan, akademi fantasia malah politik.

Dalam dunia IT hari ini, proses membina pemikiran dan pertukaran pengalaman amat mudah. Saya masih ingat 15 tahun dahulu satu perbualan dengan Prof. Desaraju (dari Universiti Hydrebad) semasa seminar di Bangkok, seorang peserta bertanya kesudian bekerjasama penyelidikan dengan beliau. Kata beliau “Do you have an email? No email no collaboration”. Selepas perbualan peserta tersebut yang juga dari India, dia merungut menyatakan sombong betul dia mentang-mentang dia ada email. Memang di peringkat awal dahulu tak semua orang ada internet. Hari ini hidup tak lengkap kalau tiada internet atau email.

Adalah sangat menyedihkan kalau masih ada antara kita di RU yang berkata tak tahu apa penyelidikan nak buat. Di sinilah peranan fakulti masing-masing berusaha supaya semua ahli terlibat dan tiada yang tertinggal. Maka usaha bengkel ini amat murni dan tepat sekali untuk satu tempuh hingga budaya itu tercapai. Untuk mengatasi ketiadaan alat, kita harus mencari rakan atau perkhidmatan yang boleh membantu kita jika kita ada kesungguhan. Hingga hari ini saya masih menghantar sampel ke IPTA yang lain malah ke Jepun dan Sepanyol dalam rangkaian kerjasama yang murni.

Kadang-kadang saya termenung juga satu sampel analisis yang dihantar 2 minggu baru siap malah kadang-kadang kena tunggu giliran hingga 3 bulan. Baru-baru ini saya ke Jepun membawa 20 sampel dan saya katakan pada research associate itu “Take your time”. Sebaliknya saya teruja kerana selepas 3 hari analisis sampel dah disiapkan. Kenapa begitu efisien? Jawapannya mudah: mereka bekerja dari 8 pagi hingga 10 malam serta seronok melakukan tanpa ada rasa nak curi tulang atau kerenah.

Akhirnya penyelidikan/penerbitan adalah tugas semua profesor Sensei/Malim. Pengurusan penyelidikan/penerbitan oleh pihak atasan akan menjadi ringan dan hanya mempastikan segalanya berjalan lancar.

Penerbitan berkualiti merupakan tajuk panas hari ini terutama dalam persaingan status universiti penyelidikan. KPT telah menetapkan 3 penerbitan pensyarah per tahun untuk universiti RU. Namun hakikatnya belum ada universiti di negara kita yang mencapai angka itu. Ini bermakna budaya menulis dalam jurnal pada keseluruhannya masih bermasalah. Kita sering mengatakan perlunya anjakan paradigma. Pada saya kita perlu beranjak tanpa banyak berkata-kata dan alasan memandangkan segala kemudahan dan insentif yang diberi. Cadangan daripada beberapa bidang agar satu jurnal dalam 3 tahun sudah pasti akan ditertawakan. Di Indonesia para ilmuan melaung-laung agar pemerintah memberi insentif untuk maju. Malah negara kita dijadikan rujukan.

Dahulu para akademik dan ilmuan yang mantap dan terkenal menghantar makalah di jurnal yang terkenal dan berkualiti. Merekalah yang membangunkan jurnal itu. Chief editor merupakan salah satu faktor sangat penting sama ada sesuatu jurnal itu terkenal atau kurang terkenal. Setiap ahli dalam sesuatu bidang tahu jurnal mana yang terkenal atau berstatus biasa. Mereka tak perlu nombor seperti factor impak. Beberapa jurnal pula diterbitkan oleh universiti seperti Sains Malaysiana dan persatuan dalam bidang berkenaan melalui penerbit masing-masing. Hari ini para penerbit jurnal dalam persaingan antara mereka memperkenalkan faktor impak sebagai satu indeks menunjukkan populariti sesuatu jurnal dan secara tindak langsung dikaitkan dengan kualiti.

Tinggi faktor impak (IF) bermakna jurnal itu sering dirujuk (IF=bilangan sebutan/jumlah makalah dalam satu tempuh tahun). Jurnal yang mempunyai faktor impak 8 tentulah lebih popular berbanding faktor impak 1. Secara langsung ini tidak bermakna berfaktor impak 1 atau kurang daripada 1 bermakna tidak berkualiti. Sebagai contoh ada artikel dalam jurnal ber IF 0.8 dirujuk lebih daripada 100 kali sebaliknya ada artikel dalam jurnal mempunyai IF 6 telah dirujuk hanya 6 kali. Tidak timbul kekeliruan dan memandang rendah kepada makalah dalam jurnal yang agak rendah IFnya.

Di Barat mereka tak memikirkan sangat soal IF tetapi jurnal yang sudah biasa mereka hantar itu apabila di IFkan memang tinggi pun. Oleh kerana IF itu adalah nisbah sebutan terhadap jumlah artikel sesuatu jurnal maka ia akan berbeza dari bidang ke bidang. Sebagai contoh; jurnal perubatan dan bioteknolgi kebanyakannya mempunyai IF tinggi berbanding jurnal kimia dan fizik. Sesuatu jurnal kimia itu mungkin menghasilkan 6,000 makalah dalam tempuh tiga tahun sebaliknya jurnal protein mungkin 500 makalah dalam 3 tahun. Maka sudah pasti IF jurnal protein itu tinggi IFnya.

Bagaimana pula dengan jurnal Q1 dan Q2 hingga Q4? Ini satu lagi inovasi klasifikasi jurnal oleh golongan penerbit jurnal. Sebelum kita merasa gelisah tak menentu, eloklah kita memahami bagaimana klasifikasi ini dibuat. Jurnal Q1 bermakna jurnal yang mempunyai faktor impak dalam peringkat 25% pertama dalam bidangnya. Katakan terdapat 60 jurnal dalam bidang yang sama. Kalau sesuatu jurnal itu mempunyai IF 4 di kedudukan 5 jurnal teratas dan satu lagi jurnal ber IF 2 di kedudukan 14 teratas maka kedua-duanya adalah dalam kelas kuartel pertama, Q1.

Tetapi kalau jurnal pilihan anda itu ber IF 0.8 di kedudukan 19 teratas bermakna dalam kelas Q2. Secara formula, Q1 = n/4 (n = bilangan jurnal nombor genap) jika bilangan jurnal itu ganjil Q1 = (n+1)/4. Seterusnya Q2 = n/2, Q3=n/3. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih antara jurnal Q1 yang sesuai atau memenuhi skop untuk makalah yang anda tulis atau memilih Q yang lain.

Dalam bengkel ini beberapa fasilitator termasuk saya telah mengedit beberapa makalah secara murni dengan pengarang. Kemudian pengarang melihat beberapa jurnal Q1 melalui “Journal Citation Report” dalam bidangnya yang difikirkan sesuai sebelum membuat pemilihan.

Para peserta sibuk dengan menyemak draf masing-masing


Rancak berbicara dalam kelompok masing-masing


Satu lagi contoh ialah bidang yang saya juga terlibat iaitu organometal. ‘Journal Advanced Organometallic Chemistry’ mempunyai IF 9.692 berada pada kedudukan ke-2 daripada 43 jurnal dalam kelasnya yang meletakkannya di tahap Q1. Dengan kualiti makalah yang memerlukan idea hebat dan  kecanggihan analisis yang diperlukan, saya tidak akan mampu masuk ke jurnal ini. Saya perlu memilih jurnal Q1 yang lain. Persoalannya adakah itu perlu?

Sebaliknya  J. Organometallic Chem yang mempunyai IF 2.205  juga bukan mudah untuk ditembusi dengan data yang sederhana. Maka usaha kerjasama atau setengah orang panggil “gotong-royong”  antara bidang dan universiti merupakan satu strategi untuk menembusi jurnal yang berkedudukan 16 daripada 43 jurnal iaitu Q2.

Kita juga jangan lupa pengkelasan ini adalah strategi pemasaran/bisnes penerbit jurnal. Banyak jurnal yang mengenakan bayaran yang agak keterlaluan. Yang pasti, saya tidak akan membayar RM5,000 untuk satu makalah dalam jurnal Q1. Jurnal Q2 (J. Organomet. Chem) yang baru kami tembusi dan terbit untuk tahun 2012 masih lagi percuma.

Persoalan akhir; mampukah fakulti kejuruteraan menghasilkan 100 makalah Q1 untuk sesi ini?  Berdasarkan rekod dan bilangan ahli akademik Fakulti Kejuruteraan yang gigih, pada perhatian saya ia adalah tidak mustahil. Sekurang-kurangnya 100 jurnal terindeks sudah amat baik dalam membina budaya akademik.

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin
Posted: 29 November 2011, 3.40 pm


Prof. Bohari di Viva Sarjana Kimia, Universiti Malaysia Terengganu: Pemeriksa Luar kepada Pelajar, Siti Aishah Binti Zakaria.


28hb Nov 2011 di UMT telah berlangsung viva tesis Siti Aishah berjodol SYNTHESIS AND CHARACTERISATION OF THIOUREA-THIAZOLE COMPLEXES FOR HOMOGENEOUS CATALYSIS IN HECK CROSS-COUPLING REACTION. Pelajar tersebut telah diselia oleh Dr. Mohd Syukri Mohd Yusof dan Dr. Wan Muhd Khairul Wan Muhamed Zin selaku penyelia bersama. Kerja pemangkinan telah dilakukan di Universiti Teknologi Malaysia dengan bantuan Prof. Dr. Mustaffa Shamsuddin. 

Selaku pemeriksa luar, Prof. Bohari menyarankan agar menyusunsuai persembahan bab “keputusan dan perbincangan” supaya lebih selesa dibaca di samping menguatkan pemahaman fundamental calon. Sebelum pulang ke Bangi petangnya, Dr. Mohd Syukri dan Maisara sempat makan tengah hari bersama.

Posted: 28 November 2011, 9.36 am


Dr. Lee Wah Lim: Bekas Pelajar di Universiti Gifu, Jepun.

Dr. Lee Wah Lim bekas pelajar Kimia, UKM dilantik Assistant Professor di Gifu University, Japan.

Sebelum tiba di Universiti Gifu, saya telah dimaklumkan oleh kenalan saya, Prof. Koketsu di jabatannya ada bekas pelajar yang pernah mengambil kursus kinetik dengan saya semasa belajar di UKM lebih kurang 10 tahun dulu. Kini beliau memegang jawatan Assistant Professor satu jawatan yang tidak mudah diberikan kepada orang luar di negara matahari terbit itu.

Semasa lawatan, saya sempat berbicara dengan beliau dan Prof. majikannya. Beliau kini mengendalikan makmal penyelidikan analisis dan memberi tumpuan kepada kaedah pemisahan secara kromatografi beberapa sebatian asid amino dan juga zarah nano. Zarah nano yang halus tidak mudah dipisahkan kerana sebagai zarah bercas mudah terjerap kuat kepada bahan penjerap dalam turus kromatografi.

Semasa belajar dahulu beliau seorang yang aktif dan dari keyakinan pergerakannya, saya memang menjangkakan penglibatan beliau dalam PALAPES. Panjang ceritanya bagaimana beliau boleh sampai ke Jepun, menamat program sarjana dan PhD hingga dilantik ke jawatan akademik dan berstatus bermastautin di Jepun. Sikap peramah dan gigih belajar terutama bahasa Jepun sehingga beliau dapat menarik perhatian seorang profesor dalam bidang analisis yang menjadi majikannya di Universiti Gifu.

Satu keistimewaan yang dimiliki beliau berbanding Assistant Professor yang lain ialah kemampuan menguasai beberapa bahasa. Mudah bagi beliau mendidik, menegur malah memarahi jika perlu kepada pelajar dari Malaysia, Indonesia, China dan lain-lain yang berkerja di makmal beliau.

Bagi pihak UKM dan peribadi saya merakamkan rasa bangga dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Lim yang sudah pasti pada pengetahuan saya merekodkan alumni UKM pertama di dunia akademik Jepun.

By: Prof. Bohari M. Yamin 
Posted: 13 November 2011, 9.45 am


International Seminar on Current Research Progress in Science and Technology, Bandung, West Java, Indonesia.

Date: 25-26 October 2011
Venue: Bandung, West Java, Indonesia

The third joined seminar between the Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia and Faculty of Mathematics and Natural Sciences, University of Indonesia was successfully held at Novotel Hotel, Bandung. About 100 participants not only from the two universities but also from other universities in Malaysia and Indonesia including a few from over sea took part in the seminar which was officiated by the Minister of Research and  Technology of Indonesia, The Honourable Prof. Dr. Muhammad Gusti Hatta. 

From left: Prof Burhanudin, The Honourable Prof. M.Gusti Hatta, Prof. Datuk M Yahaya, Prof. Bohari M Yamin, Prof. Datuk A. Razak Salleh and Prof. Datuk Laily B Din.

A total of 151 research reports classified into five groups; (i) Physics, material sciences and nanotechnology, (ii) Chemistry, natural products, and pharmaceuticals (iii) Biology and biotechnology (iv) Mathematics, Computational Sciences and bio informatics and (v) Environmental and Earth Sciences were presented as oral presentation (77 papers) and posters (74 papers). 

Serious discussion and exchange of experiences were demonstrated by the participants in all the sessions. The topics are of current interest covering the fundamental and technology aspects related to human needs and global issues including energy, climate change, water, food and education. The progress on the collaborative effort among the members from both faculties and future programs were discussed at a round table meeting headed by both deans, Prof. Shahrim Hj Ahmad and Prof Adi Basukriadi of UKM and UI respectively. 

In group (ii) session, Prof. Bohari highlighted some new metal complexes including metal organic framework aimed for gas adsorption and catalytic studies.  The topics discussed in this group are coordination compounds, molecular docking, polymerization and iron oxide matrix, hydroxyapatite coating, production of xylitol, Aurium nanoparticle in colloidal system, catalytic esterification of free fatty acid, disulfide cyclic peptide by computational methods and oxygen sensors. 

As usual, Prof Bohari gave his postmortem comment to his students to improve their presentation skill and level of confidence especially during question and answer session by looking at their video recordings.  

 Nur Nadia Dzulkifli (Msc, UKM. Student Supervisor: Prof. Yang Farina A. Aziz)


Nur Illane M. Halim (MSc, UiTM. Student Co-supervisor: Prof. Bohari M. Yamin)
 
By: Farah Bt Ruslin 
Posted: 27 October 2011, 7.54 am


Rakan Sekelas: Dato’ Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar, Menerima Hadiah Medal Kategori ‘Kecemerlangan Profesional’ di Majlis Konvokesyen 2011, University of New Castle NSW, Australia.

Dato' Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar

Setiap tahun University New Castle, Australia akan memberi medal pengiktirafan kepada alumni yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Untuk kategori “kecemerlangan profesional” penerima telah memberi sumbangan yang signifikan di peringkat  tempatan, nasional dan antarabangsa dalam tiga perkara iaitu:
  • Kepimpinan dalam bidang dan kerjayanya
  • Kemajuan dan perkembangan ilmu (knowledge)
  • Penonjolan dalam amalan profesional
Hanya Abu Bakar Jaafar dari kelas kami Tingkatan Enam Atas Sains 1, Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras tahun 1968 yang berjaya memperoleh  biasiswa kejuruteraan  menyambung pelajaran ke Australia. Selama empat  tahun di Sekolah  Alam Shah bermula dari tingkatan empat banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan bersama. Ramai antara kami yang turut berjaya dalam kerjaya masing-masing. Jasa guru tidak pernah kami lupakan. Kesempatan  ini telah  diabadikan oleh beliau dalam ucapan di majlis tersebut yang disertakan di bawah:

ENVIRONMENTAL AND PERSONAL CHALLENGES
IN A FAST DEVELOPING ECONOMY
by
Abu Bakar Jaafar

Life in a fast-developing nation like Malaysia is often dictated by one's circumstances rather than by any specific plan or grand design. The required response is to be prepared to seize the moment.

Armed with the University of Cambridge’s Higher School Certificate in 1968, I had ambitions of pursuing a degree in Civil Engineering.  But, advised by my unforgettable mathematics teacher, Mr V. Chakaravarthy, that Malaysia already had too many civil engineers I proceeded instead, with a Federal Scholarship, to study Mechanical Engineering at the University of Newcastle, Shortland Campus.
With an eye on working in the natural rubber industry in Malaysia my final year thesis was on "Dynamic Testing of Rubber Shear Pads in Compression".

Things did not quite work out that way. Even before my March 1973 convocation, I had to report for duty as an Inspector with the Factories and Machinery Department.  My first assignment had nothing to do with mechanical designs or dangerous machinery but on pollution. The task was to verify communist guerrilla claims that the government was “capitalistic, polluting the waters, and affecting the masses."  There was more than a grain of truth to this.  Untreated discharges from palm oil mills and natural rubber processing factories found their way into domestic water supply intake points and especially affected those without access to public water supply and sanitation. It was thus less the environment per se but the exigencies of national security that prompted the enactment of environmental laws which culminated in the Environmental Quality Act 1974.

An advertisement in the Journal of the Air Pollution Control Association read on a rainy Sunday in June 1974 led ultimately to my Master in Environmental Science from Miami University, Oxford, Ohio.

On another fateful Sunday two years later my late father-in-law, Tuan Haji Md Taha Saad, drew my attention to a vacancy in the Division of Environment, Ministry of Science, Technology and the Environment. After an interview with the Public Service Commission, I joined the Division as Principal Assistant Director (Water Quality).

On the underlying principles that prevention is better than cure and prior assessment is a prerequisite to management we quickly went about drafting the first set of major regulations governing pollution from palm oil mills, natural rubber processing factories and industries, and the Environmental Impact Assessment Procedure and Requirements enforced since  1 April 1988.

The highlight of my almost two decades with the DOE related to two projects: promoting private investment of over US $100 million in the toxic and hazardous waste treatment facilities for Kualiti Alam Sdn Bhd by applying the polluters-pay principle, and creating a nation-wide network for continuous monitoring of air and river water quality by Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd. The latter is based as much on cost saving to the Government as on the classic theory advanced by Professor George Stigler, Nobel Laureate in Economics that the public is willing to pay for information that matters to them.

In 1978 and 1979, I was appointed to the Delegation of Malaysia to the Third UN Conference on the Law of the Sea.

This prompted me to enrol in the Department of Geography at the University of Hawaii @Manoa for a PhD degree and to conduct research work at the EWC Environment Policy Institute which provided an almost perfect place for "sparring thoughts and ideas" at the colloquiums or “brown-bag” lunches. I realised that in the pursuit of academic excellence, “process” is as critical as "substance".

Retiring as Director-General of the Department of the Environment at 46, I joined Kumpulan Guthrie Berhad to take up the challenge of "modernizing" palm oil milling which till today has yet to advance processing technology in extracting crude oil from fresh oil palm bunches. Fulfilling this research agenda remains an outstanding life-time dream. But as someone said, "to dream is free, to realize one's dream is very expensive."

Dreams aside, I ventured into helping turn around Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd which was plagued by down-time from its non-tropicalised monitoring equipment and instrumentation.

Besides advisory and consultancy services on the environment I decided to venture to add value to a traditional food product using advanced, energy efficient, environment-friendly, heat-pump technology on tropical fruits, including the new "pisang salai".  This was to help raise the income of rural folks, including single mothers.

My current assignment at the United Nations in New York on the work of the Commission on the Limits of the Continental Shelf has assumed greater significance with 26 weeks spent on meetings annually. The commitment and experience gained has spanned my career. To quote Dag Hammarskjold’s words enshrined at the UN Building, "Never, for the sake of peace and quiet, deny (our) own convictions or experience ".

That, and my training in engineering, has prepared me well to deal with whatever life has thrust my way. 
 
May the future hold for one and all peace, security, and sustainability.
_______________________________________________________
2A Jalan Menara Satu U8/5A, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
E-mail: bakar.jaafar@gmail.com
20 October 2011


Saya bagi pihak rakan sekelas mengucapkan syabas dan rasa bangga yang tidak terhingga kepada beliau. Sesungguhnya penerimaan medal tersebut bukan boleh dicapai dengan mudah dan dalam masa yang singkat.


Gambar foto hitam-putih kenangan semasa Tingkatan Enam Atas 1968 di Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras. Kuala Lumpur. Penulis berada di baris hadapan diapit oleh Mr. V. Chakaravarthy dan guru kelas Miss Oii. Abu Bakar Jaafar duduk di kerusi nombor 3 dari kiri anda dan di hujung kanan ialah Prof.Muhammad Mat Salleh.
Berikut adalah sedikit biografi Dato' Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar:

Mechanical engineer by profession, an environmental scientist by specialisation and a maritime expert by current pre-occupation, Dato’ Dr Jaafar has had a long and influential career in the Malaysian Public Service. Over a stellar career of 22 years, he was the Director-General of the Department of Environment, Deputy Director-General (Planning), Senior Controller (Engineering and Processes), Managing Director of Alam Sekitar, and Group Director of Technology.

The Malaysian Government has recognised his achievements with numerous awards for Excellence in Public Service at both State and Federal levels. Since his retirement as Director General, Dato’ Dr Jaafar remains instrumental in setting the environmental agenda for Malaysia through his current work at the United Nations. He is the Adviser to the Malaysia National Committee on the Continental Shelf and is Secretariat to National Security Council of the Prime Minister’s Department.

He was nominated by the Government of Malaysia in (1997, 2002, 2007) and elected member (1997-2002) (2002-2007) (2007-2012) of the Commission on the Limits of the Continental Shelf, one of the three organs established by the State Parties to the UN Convention on the Law of the Sea of 1982.

He also remains a Senior Adjunct Fellow of the Maritime Institute of Malaysia, a Director of UMT, a Member of the Malaysia’s National Council for Scientific Research and was appointed Chairman of its Environment Committee in April.
Footnote of interest: Dato’ is a Malaysian title awarded by the Malaysian Royal Family, similar to Australia’s title of “Sir”.

Posted: 22 Oktober 2011, 4.41pm


Syarahan Perdana Profesor Othman Hj Ross: Khazanah Hidupan Pesisiran Pantai

Tarikh: 12 Oktober 2011
Tempat: Bilik Senat, UKM



Pada 12 Oktober 2011 di Bilik Senat, UKM, telah berlangsung syarahan perdana berjudul Khazanah Hidupan Pesisiran Pantai oleh Prof. Othman, profesor kontrak dari Pusat Pengajian Sains Sekitaran, Fakulti Sains dan Teknologi. Ternyata persisiran pantai negara kita memang kaya dengan pelbagai hidupan organisma dan tumbuhan berbanding banyak negara lain di dunia di samping keadaan dan struktur pantai dan tanah yang terus berubah dengan perubahan sekitaran dan kemajuan teknologi. Beliau yang mula mengkaji taksonomi dan biojisim zooplankton sejak tahun 1984 telah menemui pelbagai spesies termasuk 15 spesies baru yang telah diberi nama termasuk Labidocera jaafari mengambil nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar, mantan Yang Dipertuan Besar, Negeri Sembilan dan Canselor UKM. 

Kajian beliau yang terus berkembang ke dasar laut juga menemui beberapa spesies baru bagi sains haiwan amfipod. Pengalaman luas beliau dan pengetahuan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan samudera terutama pantai dan laut menjadikan beliau seorang pakar rujuk dalam bidang kepelbagaian biologi. Sumbangan beliau dalam bidang yang amat dekat dengan kehidupan seharian kita sudah pasti amat bermanfaat kepada generasi seterusnya untuk bukan sahaja mengekalkan tetapi membaik pulih persekitaran pantai dan laut untuk terus kekal dalam menghadapi pelbagai bentuk kemajuan dan pembangunan negara.

Bagi pihak PPSKTM, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Othman. 

Posted: 12 October 2011, 2.45 pm


Graduan 2011 daripada Kumpulan Penyelidikan BMY

Lapan pelajar daripada Kumpulan Penyelidikan BMY menerima ijazah masing-masing yang dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM di Majlis Konvokesyen ke-39 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada 24 - 27hb September 2011.



Gambar kenangan dari kiri; Sakinah Ropain (BSc), Siti Nor Mariam S.A. Malik Shah (BSc), Norwahidah Awang (BSc), Prof. Bohari, Nor Azilah Kassim (PhD), Farah Ruslin (MSc) dan Farah Khuwailah A. Bustamam (MSc). Tidak dapat hadir ialah Tengku Nurhidayu T. Adnan (BSc) dan Noraini Mohd Noh (BSc).

Posted: 28 September 2011, 1.17 am



Paper Presentation: International Conference on Advances in Applied Chemical Sciences and Innovatives Materials 2011, New Delhi

Date: 10-12th September 2011
Veneu: New Delhi

Prof. Bohari attended and presented a paper on the effect of macrocyclic salts on the formation of Polyvinyl Chloride-Liquid Epoxidized Natural Rubber (PVC-LENR) films at the International Conference on Advances in Applied Chemical Sciences and Innovative Materials organized by Indian Institute of Technology Delhi (IIT) - University New South Wales (UNSW) Australia joint committee.


High powered discussion on fundamental and applications/technology on material related subjects was displayed by the participants during the meeting. New ideas and possible collaborative research including student exchange program were discussed at the round table meeting after the research presentation. The five delegates from UNSW were headed by Prof. David Black. The other invited foreign speakers are Prof. Koketsu (Japan), Prof Jamina (Indonesia) and the other three from Singapore.


Professor Bohari was accompanied by his PhD student Mr.Uwaisulqarni M Osman. The last two photographs were taken with Koketsu, Jamani and the host Prof. H.M.Chawla and his wife.



Posted: 23 September 2011, 2.45 pm


Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah PhD

Tarikh: 22 September 2011.
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Pada 22hb September 2011 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, telah berlangsung upacara Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah PhD.



Gambar Prof. Bohari memasangkan jubah kepada Nor Azilah Kasim disaksikan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri.Naib Canselor. Nor Azilah telah menghasilkan tesis berjudul "Sintesis, Pencirian dan Aktiviti Biologi Beberapa Sebatian Terbitan Tiazol " diselia oleh Prof. Bohari.

Posted: 23 September 2011, 8.00 am