Friday 9 December 2011

Strategi Jalinan Kerjasama antara Universiti dan Negara untuk Lonjakan Penerbitan Jurnal berkualiti Q1 dan Q2.

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities.

Isu 1/12

Abad ke-21 menyaksikan peningkatan yang amat ketara untuk jumlah sumbangan penerbitan negara China daripada 4% pada tahun 2003 kepada 10% pada tahun 2008. USA pula menurun daripada 26% kepada 21%. Jepun juga turun dari 8% ke 6% dan German daripada 7% ke 6%. Seterusnya diikuti oleh Perancis, Kanada, Itali, Sepanyol dan India. Negara-negara lain yang belum menonjol termasuk Malaysia apabila dipadukan semuanya menyumbang kepada penerbitan global sebanyak 34% berbanding 30% pada tahun 2003.
Sumber: The Royal Society 2011 

Itulah gambaran 10 negara teratas sebagai penyumbang ilmu dalam bentuk penerbitan ketika ini. Bagaimana China berjaya melonjak dengan begitu pantas ? “Budapes Declaration” World Science Forum 1999-2011 memaparkan abad ke-21 adalah koloborasi global antara negara dan dengan bilangan ahli sains China yang ramai serta semangat kerja yang tinggi mereka telah menonjolkan diri. Keterampilan dan penonjolan (visibility) memang merupakan salah satu halatuju ke arah kemajuan.

Persoalannya bagaimana negara membangun yang ingin maju dan tak mahu ketinggalan ingin tampil dan turut menonjol. Negara China telah melabur dengan banyak dan berusaha dengan pelbagai cara termasuk jalinan kerjasama atau membina rangkaian bersama dengan mereka yang telah maju secara bijaksana dan berkesan kenapa tidak kita?

Inilah persoalan dan isu yang tak kurang mendapat perhatian masa kini. Kita perlu berkongsi kemudahan dan peralatan yang mahal dan saling menumbang idea dan pengalaman dalam penulisan berkualiti tinggi. Jalinan ini sudah mula meluas bukan sahaja antara IPTA dalam negara malah dengan cendiakawan di negara maju di Barat, Asia termasuk China.

Apa yang penting kerjasama itu harus aktif dan saling menyumbang dan tidak berbentuk menumpang demi pemantapan jangka panjang. Jika dilihat secara terperinci daripada senarai penerbitan global berkualiti tinggi jalinan penerbitan dengan negara barat terutama Britain dan USA masih kelihatan amat signifikan.

Oleh: Bohari M Yamin

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas. Untuk berbuat demikian, klik pada 'comments' di bawah isu berkaitan.

Prof. Bohari di TV Astro-Awani

Berita lebih lanjut: Klik pada News and Events

Update on Group Members

More information: Click on Group Members

Wednesday 12 October 2011

Syarahan Perdana Profesor Othman Hj Ross: Khazanah Hidupan Pesisiran Pantai

Berita lebih lanjut: Klik pada News and Events.

BERAPA RAMAIKAH PELAJAR YANG BENAR-BENAR MEMAHAMI SEMASA MENGIKUTI KULIAH?

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities.

Isu 2/11

Pelajar sedang serius mengikuti kuliah STKK2133 Pemangkinan Kimia
(Gambar dirakam pada 9hb Oktober 2011)

Kuliah bermula dan kuliah berakhir lalu tugas hari itu selesai. Namun sejauh mana kuliah yang disampaikan itu difahami pelajar? Jawapannya ada pada kita semua; pelajar dan pengajar. Kita tahu keberkesanan pengajaran menjadi tajuk yang sering mendapat perhatian. Beberapa faktor memang diketahui mempengaruhi keberkesanan sesuatu kuliah. Apapun kaedah atau pedagogi yang diamalkan, interaksi kita dengan pelajar amat penting. Dalam sesuatu kelas yang saiznya tidak melebihi 100 orang interaksi boleh dikatakan berkesan. 

Namun demikian, berjayakah kita membawa pelajar kepada peningkatan minda berfikir dan kreatif? Persoalan ini sukar dijawab tanpa usaha daripada kedua-dua pihak. Ujian pemahaman kuliah boleh direka sendiri untuk menguji pemahaman dan daya berfikir pelajar walaupun nota dan buku dibenarkan semasa ujian. Sebagai contoh ialah soalan yang berkisar mengenai sesuatu konsep dan pelajar perlu berfikir untuk memberi jawapan yang paling tepat.

1. Kinetik Kimia adalah
(a) Kajian mengenai kadar
(b) Eksperimen untuk memperolehi hukum kadar sesuatu tindak balas
(c) Satu kaedah atau “tool “ untuk mengkaji mekanisme sesuatu tindak balas
(d) Satu-satu kaedah untuk menentukan tenaga pengaktifan tindak balas

2. Mekanisme adalah
(a) Langkah-langkah asas dalam sesuatu tindak balas
(b) Hanya diperolehi daripada kajian kinetik
(c) Penjelasan yang mendalam mengenai bagaimana sesuatu tindak balas berlaku
(d) Penting untuk mengawal dan mereka bina loji penghasilan sesuatu produk kimia

3. Sesuatu mekanisme tindak balas pasti
(a) terdiri daripada beberapa langkah asas
(b) terdiri daripada satu langkah tindak balas
(c) terdiri daripada beberapa langkah asas kecuali tindak balas asas
(d) akan menggunakan konsep langkah penentu kadar

Adalah perkara biasa pada hari ini apabila ujian seperti ini dijalankan, didapati hanya 10% daripada keseluruhan pelajar dalam sesebuah kuliah sahaja yang berjaya memperoleh markah melebihi 50%. Namun mesejnya adalah universiti bukan tempat untuk hanya mengaji tetapi belajar mengkaji. Ia satu proses pembangunan minda yang mengambil masa dan anatara elemen yang penting ialah usaha gigih kedua-dua pihak dalam konteks pembinaan negara.

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas. Untuk berbuat demikian, klik pada 'comments' di bawah isu berkaitan.

Wednesday 5 October 2011

KEMANA PERGI PELAJAR LELAKI?

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities. 

ISU 1/11
Zaman generasi kami belajar dulu sekitar tahun 1969 kata-kata ‘Ladies First’ memang sering kedengaran sebagai budaya  kesopanan dan hormat kepada insan lembut bernama wanita. Tetapi hari ini ‘Ladies’ memang ‘First’ tak payah lagi diberi laluan. Sebaliknya ke mana pula pergi pelajar lelaki? Gambar di bawah adalah beberapa bukti nyata dalam kuliah dan penglibatan saya dengan pelajar.

 Semasa taklimat tahun pertama Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM 2010


 Pelajar tahun 3 kuliah saya (Kinetik Kimia) 2010



 Antara pelajar siswazah dari kumpulan penyelidikan saya 2010 yang aktif berbincang dengan profesor pelawat di seminar.

Lebih teruk lagi kisah penglibatan lelaki dalam dadah, mat rempit dan sebagainya sering dikaitankan dengan pengurangan insan-insan bernama lelaki. Sejuah manakah kebenaran fakta/andaian ini merupakan cabaran dalam kajian sains sosial. Ia begitu rumit sekali kerana setelah sekian lama jalan penyelesaian yang berkesan masih belum dicapai. Adakah ia fenomena global? Tentu banyak lagi persoalan dan pandangan dari pelbagai golongan dalam masyarakat kita khasnya. 

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin

5 October 2011, 1.28 pm

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas.

Thursday 22 September 2011

The BMY Research Group Members

Greetings,

BMY Research Group has recently made a gathering to celebrate Hari Raya Aidilfitri. Our group currently consist of several students and will expand shortly with the addition of students of First Degree, Master and PhD in the new semester.

Tuesday 20 September 2011

Struktur Heme.... indahnya ciptaan Tuhan

Bismillahirahmanirahim

Hemeglobin dan Heme B... Apakah mereka? Mari kita cungkil satu demi satu ilmu Allah yang terbentang luas di dunia ini.

 Struktur kimia Heme B

Sebelum itu, kenapa darah berwarna merah?

Jawapannya, kerana terdapat ion Fe 2+ dalam hemoglobin yang menyebabkan darah berwarna merah.

'Heme' ialah kumpulan heme dan juga 'globin' iaitu protein yang berbentuk sfera. Sebenarnya, molekul hemoglobin terdiri daripada tetramer ataupun empat unit protein yang berbentuk globul.

Dan, persoalan kedua; kenapa daging berwarna merah?

Jawapannya kerana terdapat satu unit pengikat oksigen sahaja yang dinamakan 'myoglobin' yang disimpan pada tisu-tisu otot. Ia akan digunakan pada ketika kita berada dalam satu situasi kita berlari dan sebagainya yang memerlukan penggunaan oksigen pada kadar yang cepat.

Baiklah, kembali kepada hemoglobin.... Sekiranya satu unit, ia mampu mengangkut satu molekul oksigen sahaja. Sekiranya ada terdapat empat, maka ada empat molekul oksigen yang boleh dibawa. Unit yang terlibat dalam pengangkutan oksigen ialah struktur heme yang terdiri daripada molekul bukan protein yang dinamakan porphyrin dan satu atom besi atau ferum yang terdapat ditengah-tengahnya. Porphyrin ini berbentuk seperti cincin dan ion ferum terletak betul-betul di tengahnya. Ferum mampu mengkordinat membuat 6 ikatan. 4 pada atam nitrogen (N), 1 pada molekul protein dan satu lagi di mana oksigen masuk dan keluar.

Ferum hanya akan membentuk 1 ikatan spesifik pada histadin residue daripada 153 bahagian lain pada protein tersebut. Sifat selektiviti ini ternyata membuka mata kita kerana ia mengungkap keagungan Allah yang bersifat terlalu halus dan bijaksana dalam penciptaanNya.

Sungguh tidak disangka, bahawa bahan tidak organik seperti ion ferum adalah satu ion yang sangat penting kepada manusia. Dan juga bagaimana keadaan ferum yang boleh berubah dari satu keadaan pengoksidaan (2+ dan 3+) menjadikannya sesuai sebagai 'oxygen carrier'. Ketika oksigen terikat pada ferum, ferum berada di dalam struktur cincin porphyrin dan dan ketika oksigen tidak terikat pada ferum, ia akan berada di luar. Kerana apa? ini ada kaitan dengan sistem 'spin' electron pula... ok. Itu akan melibatkan satu cerita yang lebih panjang lagi...

Hakikatnya, besi ternyata terbukti kepentingannya pada manusia telah diterangkan sejak dahulu lagi seperti jelas di dalam surah Al-Hadid (Besi) ayat ke 25:

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak melihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


(Al-Hadid:25)

Walau apapun, hakikatnya, Allah S.W.T telah menciptakan sekecil-kecil zarah kepada sebesar-besar alam semester dengan bijaksana dan teliti. Indahnya akan ciptaanNya memberi bukti pada kekuasaan Allah S.W.T yang tiada tandingannya. Sehingga kini, ada sahaja kajian yang ingin mensintesis 'oxygen carrier' tiruan untuk kegunaan manusia. Walaupun terdapat juga 'subtituted blood' dalam bentuk hemoglobin-base, perfluorocarbon dan sebagainya, tetapi, ia tidak akan setanding dengan ciptaan Allah yang sebaik-baiknya.

Sekiranya ditanya pada penulis, apa yang mampu disimpulkan secara umum. Ya, penulis kagum dengan ciptaan Allah pada manusia iaitu adanya akal untuk berfikir, bersifat dinamik dan membangun. Melihat pada alam sekitar dan bertindak untuk mengkaji mekanisme dan juga proses yang terlibat sehinggalah timbul kajian-kajian untuk mensintesis sesuatu itu di dalam makmal sendiri. Namun begitu, biarlah ia untuk kebaikan manusia dan bukan sebaliknya.

Salam mujahadah dan selamat belajar.


Oleh: Farah bt Ruslin

Introduction

In the name of God, the Most Merciful and Gracious.

Assalamu'alaikum and good day everyone. This is the first attempt to post an entry in this newly born blog. Not to mention, it has been inspired by our most beloved Professor, Prof. Bohari M. Yamin. I am very please to be assigned as the blog master for this research group. May this be a start for something great.