Wednesday 12 October 2011

BERAPA RAMAIKAH PELAJAR YANG BENAR-BENAR MEMAHAMI SEMASA MENGIKUTI KULIAH?

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities.

Isu 2/11

Pelajar sedang serius mengikuti kuliah STKK2133 Pemangkinan Kimia
(Gambar dirakam pada 9hb Oktober 2011)

Kuliah bermula dan kuliah berakhir lalu tugas hari itu selesai. Namun sejauh mana kuliah yang disampaikan itu difahami pelajar? Jawapannya ada pada kita semua; pelajar dan pengajar. Kita tahu keberkesanan pengajaran menjadi tajuk yang sering mendapat perhatian. Beberapa faktor memang diketahui mempengaruhi keberkesanan sesuatu kuliah. Apapun kaedah atau pedagogi yang diamalkan, interaksi kita dengan pelajar amat penting. Dalam sesuatu kelas yang saiznya tidak melebihi 100 orang interaksi boleh dikatakan berkesan. 

Namun demikian, berjayakah kita membawa pelajar kepada peningkatan minda berfikir dan kreatif? Persoalan ini sukar dijawab tanpa usaha daripada kedua-dua pihak. Ujian pemahaman kuliah boleh direka sendiri untuk menguji pemahaman dan daya berfikir pelajar walaupun nota dan buku dibenarkan semasa ujian. Sebagai contoh ialah soalan yang berkisar mengenai sesuatu konsep dan pelajar perlu berfikir untuk memberi jawapan yang paling tepat.

1. Kinetik Kimia adalah
(a) Kajian mengenai kadar
(b) Eksperimen untuk memperolehi hukum kadar sesuatu tindak balas
(c) Satu kaedah atau “tool “ untuk mengkaji mekanisme sesuatu tindak balas
(d) Satu-satu kaedah untuk menentukan tenaga pengaktifan tindak balas

2. Mekanisme adalah
(a) Langkah-langkah asas dalam sesuatu tindak balas
(b) Hanya diperolehi daripada kajian kinetik
(c) Penjelasan yang mendalam mengenai bagaimana sesuatu tindak balas berlaku
(d) Penting untuk mengawal dan mereka bina loji penghasilan sesuatu produk kimia

3. Sesuatu mekanisme tindak balas pasti
(a) terdiri daripada beberapa langkah asas
(b) terdiri daripada satu langkah tindak balas
(c) terdiri daripada beberapa langkah asas kecuali tindak balas asas
(d) akan menggunakan konsep langkah penentu kadar

Adalah perkara biasa pada hari ini apabila ujian seperti ini dijalankan, didapati hanya 10% daripada keseluruhan pelajar dalam sesebuah kuliah sahaja yang berjaya memperoleh markah melebihi 50%. Namun mesejnya adalah universiti bukan tempat untuk hanya mengaji tetapi belajar mengkaji. Ia satu proses pembangunan minda yang mengambil masa dan anatara elemen yang penting ialah usaha gigih kedua-dua pihak dalam konteks pembinaan negara.

Oleh: Prof. Bohari M. Yamin

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas. Untuk berbuat demikian, klik pada 'comments' di bawah isu berkaitan.

2 comments:

  1. Boleh tak saya kata pelajar-pelajar kita kurang berfikir, atau malas hendak berfikir atau dengan erti kata lain.. they don't utilise their brain! Bayangkan sekiranya pensyarah beriya-iya mengajar, menyediakan bahan bacaan tetapi bahan-bahan bacaan tidak disentuh atau dibaca sama sekali.

    Sudah tiba masanya teknik pengajaran dan pembelajara lebih kepada independent study.

    ReplyDelete
  2. Semasa saya di UNSW, Sydney saya sempat mengikuti beberapa kuliah oleh pensyarah actural science di sana- memang ada yang sangat membosankan dan pelajar ramai yang keluar. mereka ada tutorial yang sangat berkesan jika dimunfaatkan sepenuhnya.Namun kabanyakan tajuk yang diajar malah software yang perlu memang kena belajar sendiri-independent. di tahun satu ada sekitar 200 pelajar berdaftar,tahun 2 tinggal 110 tahun 3 tinggal 70 orang. situasi yang sama di Melbourne, ANU dan Macquirie. Kerajaan kita sudah mengurangkan dan tak hantar lagi pelajar buat actural science di Australia mulai tahun lepas. kesan independent learning agaknya!
    memang benar pelajar kita kurang menggunakan minda dalam menjawab beberapa persoalan dalam perbincangan. Mencari jawapan di langit atau nota! Ini sering kita lihat dalam seminar walau pun data yang diberi sangat molik. di sinilah peranan kita sebagai pendidik. Malangnya ada beberapa pendidik menghilangkan diri selepas giliran pembentangan beliau selesai.
    Bercakap pasal malas dan tangguh kerja- ini penyakit lama!!! contoh terbaru saya suruh pelajar saya tulis summary ringkas penyelidikan ( 6 baris sahaja) mereka agar mudah difahami oleh pembaca biasa. Tunggu 2 minggu memang tak sampai. Akhirnya saya panggil semua tulis dalam masa setengah jam dan keluarkan apa yang mampu difikir.yang pasti selepas diedit penulisan menjadi berbeza dengan apa yang ditulis mereka.Namun mereka sedar mereka perlu berfikir lebih baik lagi dan yang paling penting memang boleh hasilkan dalam masa setengah jam sahaja. Ubatailah penyakit malas dan suka tangguh!!!

    ReplyDelete