Friday, 9 December 2011

Strategi Jalinan Kerjasama antara Universiti dan Negara untuk Lonjakan Penerbitan Jurnal berkualiti Q1 dan Q2.

Ruang ini adalah peluang kita membuka minda bertukar pandangan dan pengalaman ke arah yang lebih produktif dan membina. Setiap isu akan diutarakan di bahagian Home pada semasa ke semasa dan disimpan serta dikumpulkan di bahagian Community Activities.

Isu 1/12

Abad ke-21 menyaksikan peningkatan yang amat ketara untuk jumlah sumbangan penerbitan negara China daripada 4% pada tahun 2003 kepada 10% pada tahun 2008. USA pula menurun daripada 26% kepada 21%. Jepun juga turun dari 8% ke 6% dan German daripada 7% ke 6%. Seterusnya diikuti oleh Perancis, Kanada, Itali, Sepanyol dan India. Negara-negara lain yang belum menonjol termasuk Malaysia apabila dipadukan semuanya menyumbang kepada penerbitan global sebanyak 34% berbanding 30% pada tahun 2003.
Sumber: The Royal Society 2011 

Itulah gambaran 10 negara teratas sebagai penyumbang ilmu dalam bentuk penerbitan ketika ini. Bagaimana China berjaya melonjak dengan begitu pantas ? “Budapes Declaration” World Science Forum 1999-2011 memaparkan abad ke-21 adalah koloborasi global antara negara dan dengan bilangan ahli sains China yang ramai serta semangat kerja yang tinggi mereka telah menonjolkan diri. Keterampilan dan penonjolan (visibility) memang merupakan salah satu halatuju ke arah kemajuan.

Persoalannya bagaimana negara membangun yang ingin maju dan tak mahu ketinggalan ingin tampil dan turut menonjol. Negara China telah melabur dengan banyak dan berusaha dengan pelbagai cara termasuk jalinan kerjasama atau membina rangkaian bersama dengan mereka yang telah maju secara bijaksana dan berkesan kenapa tidak kita?

Inilah persoalan dan isu yang tak kurang mendapat perhatian masa kini. Kita perlu berkongsi kemudahan dan peralatan yang mahal dan saling menumbang idea dan pengalaman dalam penulisan berkualiti tinggi. Jalinan ini sudah mula meluas bukan sahaja antara IPTA dalam negara malah dengan cendiakawan di negara maju di Barat, Asia termasuk China.

Apa yang penting kerjasama itu harus aktif dan saling menyumbang dan tidak berbentuk menumpang demi pemantapan jangka panjang. Jika dilihat secara terperinci daripada senarai penerbitan global berkualiti tinggi jalinan penerbitan dengan negara barat terutama Britain dan USA masih kelihatan amat signifikan.

Oleh: Bohari M Yamin

P/S: Sila tinggalkan komen dan pandangan anda tentang isu di atas. Untuk berbuat demikian, klik pada 'comments' di bawah isu berkaitan.